Comments
Displaying 1 - 1 of 1 comments
Adakah anda rasa pakaian/ fesyen yang anda pakai selama ini menutup aurat dengan sempurna...? ingat pakaian mencerminkan akhlak anda... KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja. KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek. KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya. KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’. KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya. KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya. KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung. KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.” (an-Nur: 31)
Add Comment
You must be logged in to comment
Statistics
Comments | 1 |
Page views | 429 |